Monday, October 25, 2010

Masjid Syed Alwi Kangar, Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera, post ini adalah berkenaan dengan kerja khusus CTU101 saya, saya membuat tentang Masjid Syed Alwi Kangar Perlis. Ibu negeri bagi negeri perlis ialah Kangar. Masjid ini diantara bagunan yang paling tertua di kangar. Bagunan masjid ini dibina pada tahun 1931. Luas permukaan negeri Perlis adalah 810 kilometer persegi, Sejarah masjid ini dicatatkan di atas sebuah batu peringatan di hadapan masjid. Batu ini ditulis dalam 4 bahasa iatu bahase melayu, cina, inggeris, dan tamil. Berdasarkan catatan batu bersurat itu, masjid ini mula dibina pada tahun 1931 degan wang sebanyak rm64,684,00. Wang ini diperolehi melalui zakat dan fitrah, derma dari pegawai pegawai yg beragama islam dan saudagar saudagar islam serta peruntukan dari kerajaan negeri. Kutipan kutipan  dana untuk membuat masjid ini mula dikumpul dari tahun 1920 an lagi. Masjid ini siap dibina pada semasa perkhidmatan Mr O.E Venables. Masjid Alwi ini dibuka rasminya olehDuli yang Maha Mulia Tuanku Raja Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Saffi Jamalilail pada 10 febuari 1933. Saya telah menemu ramah imam di masjid Syed Alwi untuk mendapatkan maklumat yg lebih mendalam tentang masjid ini. Imam tersebut bernama Encik Muhammad Zahid bin Ibrahim iatu pelong ketua imam masjid Syed Alwi ini. Beliau merupakan salah seorang imam daripada 3 orang imam yang bertugas di masjid ini. Beliau mula menjawat jawatan imam di masjid ini pada tahun 1999, pada masa itu, dia memegang hanya jawatan imam muda. Ketua imam masjid ini ialah Encik Hashim b Taib dan seorang lagi penolong imam ialah Encik Ku Abdullah b Jusuh. Bilal yang berkhidmat di masjid Syed Alwi ini ialah Encik Ismail Bin Hashim dan Salehudin Bin Bakar.Encik Muhd Fauzi b Ku Abdullah  dan Encik Muhd Firdaus b Salahudin pula bertanggungjawab sebagai Siak (Tukang Bersih) yang menjaga kebersihan dan persekitaran Masjid. Masjid ini pada satu masa boleh menampung jemaah sampai 2000 orang pada satu masa. Ruang Solat Wanita terletak di atas bahagian masjid Syed Alwi ini. Masjid ini dikunci pada pukul 8malam dan dibuka semula pada waktu subuh. Dibahagian belakang masjid terdapat 4 buah rumah teres untuk imam-imam dan bilal bilal yg bertugas. Masjid ini telah menganjurkan beberapa aktiviti aktiviti untuk mendekatkan masyarakat setempat dengan agama islam. Diantaranya ialah kuliah magrib pada setiap hari selepas solat magrib kecuali pada hari jumaat.nak-kanak pula, pihak ahli jawatankuasa masjid mengajar kanak-kanak pada setiap cuti sekolah dan bagi pelajar pula dijalankan ceramah motivasi pelajar. Bagi guru yang mengajar hendaklah mendapatkan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Perlis. Pada bulan Ramadhan pula, selepas solat Zohor akan diadakan Kuliah Khusus yang dianjurkan oleh pihak Mufti Perlis. Selain itu, pihak Masjid Alwi juga menganjurkan majlis berbuka puasa pada sepanjang bulan Ramadhan. Disamping itu, bagi jemaah yang menunaikan solat asar di Masjid Alwi, akan diberikan bungkusan bubur lambuk yang telah disumbangkan oleh YB Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. Selain itu, Sistem gaji yang diberikan kepada imam, bilal dan dan siak pula bergantung pada gred sama seperti penjawat awam. Di bahagian kanan masjid terdapat satu dataran, dataran tersebut bernama Dataran Jubli Emas. Dataran tersebut dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Negeri Perlis ketika itu pada 9 haribulan Disember 1995 bersamaan 16 Rejab 1415 Hijjrah. Bagi menarik minat masyarakat datang ke masjid, beberapa program telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Bagi individu atau pihak yang ingin melakukan program pengisian di Masjid Alwi, mereka perlulah memperolehi kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.Bagi menarik minat masyarakat datang ke masjid, beberapa program telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Bagi individu atau pihak yang ingin melakukan program pengisian di Masjid Alwi, mereka perlulah memperolehi kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.   ihak Masjid Alwi juga memberikan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan sebanyak RM 50 sebulan kepada Anak Yatim melalui Akaun Simpanan Tabung Haji. Selain itu, sumbangan berbentuk hamper dan bekalan makanan akan diberikan kepada fakir miskin sebagai sumbangan sempena Hari Raya. Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA atau IPTS di peringkat Ijazah serta tinggal di Kangar akan memperolehi sumbangan berbentuk wang dari pihak Masjid Alwi. Masjid Alwi juga telah didaftarkan sebagai Warisan di bawah akta warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan diluluskan oleh Dato’ Profesor Emeritus Zuraina Majid (Pesuruhaya Warisan 2008) dari Jabatan Warisan Negara di Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia. Oleh itu, segala renovasi dan naik taraf bangunan Masjid Alwi memerlukan kelulusan daripada Pihak Kementerian Warisan Negara. Sekian, terima kasih. =)))





2 comments:

  1. FAREHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...
    !!!!!!!..
    patut la aku tgk lebh kurg sama je..ish3..
    penyegan..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    saya noor mizah kamarudin..pelajar UIA dalam jurusan senibina..sy dan group sy skrg tgh bt kajian mengenai masjid sultan Abdullah,pekan..sy dapati masjid syed alwi mempunyai persamaan..dan kami mengambil masjid syed alwi sbagai case study..

    sy harap saudara faris dapat menolong saya untuk mendapat lebih banyak info ttg masjid tersebut berikutan saudara pernah membuat interview dgn imam masjid tersebut..

    diharap saudara faris dpt contact sy di nmk_raudah@yahoo.com

    jasa baik saudara faris amat diharapkan..

    sekian terima kasih

    ReplyDelete